Sunday, August 31, 2008

Selamat Hari Merdeka!

Bertepatan dengan hari kemerdekaan Malaysia, saya hendak menulis dalam bahasa Melayu. Maaf jika Bahasa yang digunakan agak cacat, kerana saya sesungguhnya tidak berapa mahir. Ya, salah diri sendiri! =P Maka, marilah kita mulakan penulisan!

Saya tak faham...
Saya tak faham kenapa kebanyakkan orang-orang di Malaysia tak ada adab time beratur.

Saya tak faham kenapa kebanyakkan orang-orang di Malaysia tak tahu dan tak kisah pasal isu-isu semasa di Malaysia (apatah lagi isu-isu di dunia dengan memberi kata-kata seperti: "Takpelah.. Asal sampai Malaysia tak berperang sudah") tapi kalau tanya pasal artis-artis serata dunia, cepat je nak nyampuk.

Saya tak faham kenapa kebanyakkan orang-orang Malaysia (lagi-lagi yang mengaku Melayu Muslim) rasa dorang 'cool' dan hebat dan lagi teruk, kalau berasa bangga membuat aktiviti-aktiviti yang berunsur barat (seperti clubbing dan minum arak).

Saya tak faham kenapa kebanyakkan orang-orang Malaysia suka buat kecoh pasal benda remeh-temeh.

Saya tak faham kenapa kebanyakkan orang-orang Malaysia tak reti bersyukur.

Saya tak faham kenapa kebanyakkan orang-orang Malaysia tak ramah walaupun sebenarnye kita konon-kononnya dikenali sebagai orang-orang yang ramah (tapi kenapa kalau saya bayar dan senyum dan cakap terima kasih kat cashier, dorang masam jer..?? Mungkin sebab saya kurang comeyl dan mereka hanya ramah dengan orang berlainan jantina dan pelancong-pelancong asing...? Mungkin...)

Saya tak faham kenapa kebanyakkan orang-orang Malaysia terlalu memandang tinggi orang-orang asing [maksud saya pelancong-pelancong asing, bukannye orang-orang dari Indonesia dan Bangladesh yang penat-penat buat kerja yang orang-orang kita sendiri malas nak buat (bukannya nak 'backup' dorang, tapi betul kan??)].

Saya tak faham kenapa kebanyakkan orang-orang di Malaysia tak berapa tinggi (tapi ini mungkin sebab genetik, maka tak boleh salahkan sesiapa tapi saya masih nak mengungkit perkara ini. Haha...).

Saya tak faham kenapa kebanyakkan orang-orang Malaysia hanya tahu meraikan Hari Kemerdekaan dan bersungguh-sungguh untuk meraikannya tapi tak faham tentang bertapa pentingnya hari tersebut.

Dan saya lagi tak faham kenapa kebanyakkan orang-orang di Malaysia hanya tahu mengkritik tapi tak tahu bagaimana untuk memperbaiki keadaan di Malaysia sendiri (ie: saya =P).

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan!! =)

P.S: Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan (ecey~~), maka saya nak mengucapkan selamat berpuase (penuh!) kepada semua! Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna. InsyaAllah~~

No comments:

Post a Comment